Wednesday, 24 May 2017

Pengalaman Temuduga Ipg 2017

Hello Assalammualaikum,
Harini saya nak kongsi tentang pengalaman temuduga ipg saya dekat Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, untuk course tesl. Disebabkan saya duduk kat melaka dn temuduga ipg saya pulak di Kuala Lumpur, jadi pagi tu pukul 5 pagi saya dah ready dah terus bergerak ke kuala lumpur sebab pendaftaran mula pukul 8 pagi.

Ok mula-mula sampai sana, kene tunggu dulu kat luar dewan, sebab saya sampai awal, and masa tu pon dah ramai dah orang yang menunggu. Dalam pukul 8.15 camtu, diorang dah suruh korang masuk dewan ikut grup yang diorang dah sediakan. Masa ni korang akan jumpa dan berkenalan dengan budak-budak satu group dengan korang, so dah blh mula tegur-tegur tanya nama apa semua. So blh kurangkan nervous!

Untuk kumpulan saya, ada 5 orang semuanya. 4 perempuan dan satu lelaki. Patutnya ade lagi seorang lelaki, tapi dia tak datang. Lepas korang dah kenal-kenal, dia akan bawak korang ke bilik temuduga. Disebabkan, kumpulan saya kumpulan ke dua, jadi saya kene tunggu kumpulan pertama habis temuduga baru lepastu kitorg. Sepanjang tunggu tu korang blh rilek-rilek, biasakan diri dengan kumpulan korang.

Dalam pukul 10.30 pagi mcmtu, saya dan kumpulan pun masuk dalam bilik temuduga. Ade dua orang penemu duga. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan disebabkan kami semu amik course tesl, jadi kami memang kene speaking dari mula smpai habis.

Mula-mula, penemu duga suruh kitorang perkenalkan diri, sebab nak bagi kitorang kurangkan nervous.
Ok, waktu korang dpt tawaran utk pergi temuduga, korang akan dapat satu kertas ni, yang mana dia suruh korang nyatakan, apa sebab korang nak jadi cikgu dan hasrat korang. So, soalan kedua kami, ditanya melalui apa yang kami tulis kat borang tu. Jadi, pastikan korang get ready dan yakin dengan apa yang korang tulis.
Soalan yang seterusnya yang ditanya kepada saya ialah, kenapa saya nak sangat jadi cikgu bahasa inggeris? Untuk kawan saya yang lain, ade yang ditanya macam mana cara nak bagi anak murid diorang improve english (dan tu jeee, yang lain saya lupa apa soalan yg diorang dapat)

Seterusnya, kami kena buat kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan ni, dia akan kasi korang satu teks. So melalui teks tu korang kene bincangkan bende tu. Macam saya, saya dapat tajuk untuk prepare sambutan hari guru tanpa pengetahuan guru. Tbh, memang aktif gila semuanya! Semua orang dlm kumpulan saya mmg banyak keluarkan idea, and kitorang buat perbincangan tu rileks rileks je siap boleh gelak gelak lagi haha.

Ok lepas dah habis kerja berkumpulan, penemuduga akan suruh korang duduk balik kat tempat tadi, and akan suruh korang tanye apa-apa je soalan. Saya tak prepare apa soalan yang saya nak tanye, tapi tiba-tiba saya tertanya-tanya berapa lama kami akan belajar. So penemuduga tu cakap, kami akan buat 1 tahun untuk foundation dan 4 tahun untuk degree(termasuk praktikal). Lepas dah habis semua tu kami pon keluar.

Serius lega gila! sebab before kitorang masuk tu mmg cuak sangat sangat. Tapi lepas dah habis, lega dia Masya-Allah :") Disebabkan kami semua amik course tesl, kami semua ada satu lagi ujian khas untuk course ni iaitu Ujian Amali.

Untuk Ujian amali, dia akan suruh korang untuk baca text tapi dalam keadaan senyap selama 5 minit. Saya dapat text pasal arkeologi. Lepas 5 minit, dia tanya saya 5 soalan and semua soalan tu pasal text yang saya baca tadi. And, korang juga boleh tgk baik text tu kalau korang ragu-ragu. Ade satu soalan tu, dia akan suruh korang pilih perkataan yang dia kasi, and synonym kan perkataan tu. Lepastu ade soalan kbat sikit. Tapi insya-Allah korang blh jawab.

Ok setakat tu je apa yang saya boleh kongsi. Saya ingatkan dia akan tanye pasal pengarah KPM and isu semasa. tapi sikit pon dia tak sentuh pasal tu, fuh! tapi get ready jelah baca pasal isu semasa and KPM tu semua ok! Pastikan korang get ready and pakai pakaian yang sesuai. Goodluck semua, and All the Best :)

Pengalaman Ukcg 2017

Hi assalammualaikum,

Untuk kalini, saya nak kongsikan bagaimana pengalaman saya membuat ujian kecergasan untuk masuk ke Institut Perguruan Guru.Buat pengetahuan semua, ujian kecergasan saya di Maktab Perguruan Perempuan, Melaka. Waktu saya, ujian ini terbahagi kepada dua bahagian, mula mula ujian bertulis, kemudian disambung dengan ujian kecergasan.

Untuk ujian bertulis, masa adalah selama 45 minit.
Bahagian pertama, pilihan jawapan dia sama ada YA/TIDAK. Untuk bahagian ni, saya cadangkan korang menjawab dengan penuh kesabaran, walaupun korang tahu jawapan dia apa, tapi teruskan membaca soalan sehingga habis. Sebab kadang-kadang kita tertinggal kata kunci apa yang dia nak. Bahagian ni, korang semua boleh gunakan logik akal je, jadi bagi saya tiada masalah.
Untuk bahagian kedua, pilihan jawapan dia, sama ada SANGAT TIDAK SETUJU, TIDAK SETUJU, SETUJU atau SANGAT SETUJU. Bagi saya, soalan ini agak mengelirukan. Tapi, apa yang saya nasihatkan, jawablah dengan jujur. Untuk bahagian ini juga, saya nasihatkan korang pilih jawapan antara SANGAT TIDAK SETUJU atau SANGAT SETUJU sahaja ( saya pun tak pasti kenapa, tapi saya pernah terbaca di blog lain, mungkin sebab melalui dua jawapan tu je, nampak yang kita betul betul yakin dengan jawapan yang kita pilih)

Okay seterusnya, kita ke bahagian Ujian kecergasan. Sebelum ke ujian kecergasan ni, semua calon akan diberikan taklimat dan mereka akan buka satu vid untuk cara-cara kita buat semua ujian kecergasan tu. Tapi seandainya korang terlepas pandang, takpe sebab nnti kat setiap check point akan ade petugas yang akan jaga dan akan tunjuk lagi sekali cara nak buat semua ujian tu. Tapi nasihat saya ialah, cuba perhatikan betul betul vid bleep test sebab waktu tu pun saya tak berapa perhati sangat jadi saya agak keliru waktu ujian bleep hehe.

Check point pertama ialah, Ukur Bmi badan. Untuk dapatkan markah full kat sini, bmi kita kena normal.

Check point kedua ialah, jangkauan melunjur. Jangkaun melunjur ni, kita dah biasa buat untuk ujian Segak. Jadi untuk orang yang dah biasa dpt markah tinggi untuk jangkauan melunjur, korang dah blh rileks. tapi untuk yang tak blh nak fleksibel tu, blh la mula lentik lentikkan badan lol. Korang ada peluang nak tolak sebanyak 4/3 kali.Tapi kalau dah sekali tolak dah lepas apa target diorang, ha kira sekali jelah cubaan korang.  Untuk dapat full mark untuk lelaki (47 dan ke atas) untuk perempuan (44 dan keatas)


Check point saya yang ketiga ialah, bangun tubi bervariasi. Setiap satu variasi tu, korang kene buat sekali je, tapi kalau untuk cubaan pertama tu korang tak blh buat, maka korang akan diberi sehingga tiga kali percubaan. Untuk dapatkan markah penuh, korang kena mmpu lakukan kelima-lima variasi.
1. tangan sentuh lutut
2. siku sentuh lutut
3. tangan pada dada then up
4. tangan belakang kepala then up
5.tangan sentuh skapula then up

Check point keempat pula, saya kena buat tekan tubi tanpa henti. Bagi yang tak biasa nak buat tekan tubi macam saya, akan jadi sedikit memenatkan. Apa yang penting kita kene buat non stop lepastu pastikan buat tekan tubi dengan betul. Untuk check point ni, petugas yang akan kira berapa banyak tekan tubi yang kita buat. Untuk dapatkan markah penuh, lelaki kene buat sekurang-kurangnya 40 tekan tubi, dan perempuan pulak kene buat 30 tekan tubi.

Akhir sekali, check point kelima, Bleep test. Untuk bleep test kita kene lari 20m ikut bunyi beep yang dia akan pasang nnti. Untuk bleep test korang kene lari non stop sebab ujian ni sebenarnye nak check tahap kardiovaskular korang. Ujian ni ada beberapa 7 level, tapi setiap level tu pulak, ade bilangan kali untuk korang ulang alik. Contohnya
Level 1- 7 kali ulang alik
Level 2- 8 kali
Level 3- 8 kali
Level 4- 9 kali
Level 5- 9 kali
Level 6- 10 kali
Level 7- 10 kali
Kalau masih keliru, cuba search kat youtube pasal ujian bleep ni. Buatlah semampu yang korang blh sebab ujian bleep ni markah dia 30% manakala untuk check point yang lain tu cuma 15%. Saya cuba seboleh yang saya mampu tapi malangnya saya cuma mampu untuk lari sampai level 3-1 haha. Masa saya tu, ramai la jugak yang turut sama sama stop lari, tapi ada seorang budak perempuan ni, dia lari sampai level 6. Ya Allah, jauh betul beza dia dengan saya :'))

Jadi setakat tu jelah apa yang mampu saya kongsikan. Bagi markah markah  yang saya kasi tu, tu semua saya dapat melalui whatsapp. Jadi sejujurnya saya tak tahu la betul ke tak kesahihannya haha. tapi insyaAllah blh la jadikan markah yang saya kasi tu sebagai target. Untuk calon perempuan, saya cadangkan korang semua pakai baju gelap, sebab confirm korang semua akan berpeluh teruk! haha pastikan buat latihan awal-awal supaya nanti takdelah muscle korang semua terkejut tetiba je haritu terus aktif! All the best & Goodluck!